Sunday, January 23, 2011

hujan bunga di kuala lumpur episod 3

         Selesai b'fast, kami pon beredar dari Ampang Park dan terus ke Stesen Dato' Keramat. Kan aku habaq rumah dia depan Stesen LRT ja. Sampai ja di situ terus naik ke rumah diorang.. (Aceh, diorang plak.. Besa la KIYILL) hahaha.. Di perkenalkan dengan abangnya yang ketiga. Abd Rahim @ aim.. Muka macam edry KRU.. Aku tanya la. "bro, yusri & norman mana?" hahahaha!!!(Lawak ja. Gila ang nak buat onaq kat rumah orang.)
        Selesai sesi orientasi dan perkenalan, aku pon di suruh berehat. Biela & mama nya pergi ke market. Depa nak cari ikan parang. Nak buat asam pedas melaka kata mamanya. Wah. Excited aku. Mak mentua nak masak wei... Sapa x excited. Aku pon terus tidoq lena di atas katil yang empuk. Sedar-sedar depa dah balik. Bunyi ketung ketang... Biela la 2 dok ketuk periuk. Masak x pon. Ketuk ja lebih. Hahaha.. Tapi bau asam pedas makin menusuk hidung. Aku pon bangun dari katil dan terus ke ruang tamu. Dengan slumber, "mama masak asam pedas ye? Wah sedapnya bau.". (cewah, panggey mama) Dalam perut aku, kedengaran suara kecil cacing menjerit "lapaq!lapaq!"
       Tepat pukul 12.30 tghari, depa siap masak. Aku apa lagi, excited ar. Ingat nak makan. Last2, mama biela kata. "Najmi, amek la baju aim 2. Pegi masjid dengan aim".. adeh... lapaq lagi....
BERSAMBUNG....

Tuesday, January 4, 2011

hujan bunga di kuala lumpur episod 2

24hb disember(12.01am)

         Aku kebosanan dan terasa macam nak isap rokok. Aku turun dr deck aku dan terus ke ruang yang di sediakan untuk tujuan tersebut. Sambil duduk di kerusi sambil itu aku menyedut udara malam. Datang seorang lelaki berbaju merah, berseluar jeans biru, berkasut dan berkepala botak.. hahahaha.. Umur dia dalam lingkungan awal 30an. Dia terus menyapa aku. Dia tanya aku. Boleh ka hisap rokok sini. Aku mula-mula dengar soalan mcmtu, tersentap la jgk.. Ingatkan dia nak sound aku pasal sivik dan sahsiah diri. Rupanya dia pon nk isap rokok jugak. Kami terus berkenalan. Tanya p tanya mai, dia orang kg sebelah aku. Oqang merbok. Pergh.. Bukak slank kedah kaw2 ar... Mula2 td dua2 orang cover cakap.. hahahaha.. budjet kl.. Bosan disitu, kami lanjutkan perbualan kami di kafe dalam train 2. Malam semakin dingin. Naik kereta api, rasa mcm ala St.Petersburg Rusia. Kena milo panas budget cepat mengantok sebab jauh lagi perjalanan. Tak pa. Fendi belanja. Hahaha. Layan ja. Selesai minum-minum, kami pon masing-masing masuk ke deck. Tapi aku tak boleh tidoq. Pusing kiri bosan, pusing kanan bosan. Tengok atas bosan. Turun katil p amek angin kat tempat tak da air cond. Dekat 15 kali aku buat benda yang sama. Haha..
         Sampai la jam menunjukkan pukul 4 pg. Aku betul-betul excited. Haha.. Sejam lagi ja. Aku kejut Fendi bangun. Ajak dia kena rokok sebatang. Lepak-lepak, dia tanya aku sekali lagi. Ang nak p KL buat pa. Aku pon kali ni cakap jujur. Hahaha. "jumpa marka aku wei, 1st date".. Dia ketawa besar dengar aku cakap macamtu. Dia kata, "budak2".. hahaha.. Last-last dia cerita pasai sorang pompuan yang x berapa pompuan sangat. Dia minat kat sorang pengkid. Tapi aku tergelak dengan cerita dia. Dia panggey pengkid "pelekit".. hahahaa!! Tak berani tanya aku. 2 gelaran baru ka dia silap sebut. Layan ja cerita dia.  Tapi memang best. Kenal ngan dia, macam dah lama kenal. Sampai kat KL central, aku pon lepak-lepak sat dengan dia. Sampai la sepupu aku datang amek aku. Sedih jugak la nak blah. Tengok muka pakat-pakat sedih. Dia sempat kata, "kata rockstar, tapi nak nangis bila berpisah".
         Aku meneruskan perjalanan aku dengan niat sebenar, berhenti seketika di restoran mamak di setiawangsa, Restoran Ali Maju.. Wow.. Ingt nama. Kenangan manis. Mana boleh tak ingat. Sementara tunggu hari siang, aku sarapan dulu dengan sepupu aku. Banyak jugak benda kami sembang. Kawan baik terpisah lama. Maklumlah sepupu paling rapat dengan aku. Johaizal nama dia. Masih single lagi. . Hensem. Gaji boleh tahan. Nak numbe bagitau aku. Hahaha.
        Tibalah saat yang dinantikan, dating dengan si 'dia' dan mamanya. Tempat pertama jumpa, Stesen Dato' Keramat. Berdebar gila. Tungg punya tunggu, nampak kelibat 2 wanita tersebut turun dari rumah mereka yang tak jauh dari situ. Pergh. Comelnya awek aku.(bagi aku la,ampa nak kata apa, punya pasai ar.. hehehe). 1st ayat aku bila depa sampai. "asalamualaikum mak cik, mak cik sihat(sambil mata dok usha awek aku kat sebelah). Main mata kot.. hahaha.. Aku tanya mana nak p. Depa ajak aku breakfast dekat ampang park. Kena Mc D pagi2.. Hahaha.. Aku pon cakap ok ja. Tapi yang lawak 2. Aku tak reti cover cakap KL. Terkeluaq seketoi2 loghat kedah. Pegh.. Dalam LRT org tengok aku pelik ja. Dalam hati, "haram aih, aku orang kedah ar. macam pelik tengok orang german cakap ja.) Sampai kat ampang park, terus kami jalan ke Mc D. Aku punya la control. Habaq kata dah makan. Padahal lapaq jugak. Control ja la. Jaga martabat dan maruah diri. Tapi aku tengok mak dia pun mudah ramah dan rasa-rasa macam dah bekenan. Hahaha! Abeh makan, ingatkan boleh balik umah sepupu aku. Tapi di paksanya aku berehat & makan nasi dekat rumah depa. Puas aku menolak. Bukan tak sudi, tapi segan. Gila kot, tidoq rumah org. Tapi nak buat mcmana, bakal mak mentua suruh. X bleh tolak. Rasa bersalah. Keadaan semakin berdebar dan mencemaskan. Takut aku, nak jumpa ahli keluarga yang len.

Biela & mama nya.. 1st time kami jumpa.. haha

bersambung....

Thursday, December 30, 2010

hujan bunga di kuala lumpur.. episod 1

23hb disember..

        Dari pagi lagi aku x boleh tidur. Tengok bag apa yang aku nak isi lagi.. Tapi sebenarnya, aku x kisah pon benda apa nk di bawa. Otak aku cuma fikir pasal 2 benda penting dalam hidup aku. 1) esok pg b'fast dgn si dia.. 2) konsert double trouble.. Tak senang duduk aku memikir. Excited betul aku rasa. Lagu yang aku download banyak betul.. Konon2 nak bawak mp3 player. Tapi x dapat pon. Hahaha.. Lupakan bab mp3 yang banyak dengan lagu2 legenda kegemaran aku. AHH... Jam dah pon hampir pkul 7mlm. Tiket keretapi aku pkul 8.55mlm. Mesti orang gelak aku p kl naik train. Haha. Apa boleh buat, lebih selesa, pengalaman, dan walaupun lambat asal selamat.Takut aku naik bas express kat malaysia. Haha. Selesai solat maghrib, aku sudah siap menunggu mak & ayah ku utk ke stesen. Awal betul aku bersiap. Tiba di stesen, aku pon menunggu train dengan sabar sambil membalas msg si dia. Hahaha. Seronok, teruja, dan kadang2 rasa gementar dalam hati ini. Seronok sebab ini 1st date dengan si "dia". Teruja sebab tak pernah travel makan angin seorang diri. Dan nervous sebab takut sesat kat KL.. Serius tak tipu wei! haha..
        Punya la bosan aku tunggu keta api, aku ketagihan rokok. Adoi! X kan nak smoking depan bonda dan papanda. hahaha..
CUBAAN PERTAMA: Aku pergi ke tandas dengan niat meloloskan diri untuk menghisap rokok. Bajet cool. Bayaq 2 kupang, masuk, open rokok. Baru nak nyala api, tiba2 bapak aku datang pulak.. Aisy! Macam tau2 ja. FAIL cubaan pertama! Di cubanya kali kedua. Hehe.. Akhirnya. AHH lega... Bukan apa.  Hormatilah ibubapa sendiri.
         Kedengaran pegawai di kaunter KTM berhad membuat pengumuman, kereta api akan tiba dalam masa terdekat. Penumpang-penumpang termasuk aku pon bangun, bersedia untuk naik train. Tiba-tiba, aku di sapa seorang tua. Dia kawan ayahku. "Hai abang, besar bag" (hahaha, bag hiking, koya ja aku. dah la bag pinjam). Dia tanya aku naik koc mana. koc aku cuma sebelah koc dia ja. Dia cakap, jmpa dekat KL central.
X lama kemudian, kereta api tiba dan semua penumpang naik ke dalam kereta api tersebut. Aku tersalah masuk pintu. Aku masuk melalui pintu koc paling akhir sekali. Terpaksa la aku redah ruang2 sempit yang penuh dengan penumpang kereta api yang bermacam ragam. Sampai di tempat aku, aku terus naik ke kabin dan terus berehat.

Tiba2 ayah aku call, dia bagitau yang pak cik tegur aku 2, ada dekat hospital. Aik? Mcmana pulak dia kat sana. Bapak aku bagitau, yang dia jatuh masa nak naik train. Kepala dia terkena besi train. Terus pengsan. Tak sedarkan diri. Tesentap jugak aku bila dengar camtu. Baru sangat aku bersembang dengan dia. Tp apa boleh buat. Berdoa ja lah akan keselamatan dia.. Itulah dinamakan kuasa Allah. Kita x tau apa akan terjadi. Masyaallah. Besarnya kuasa ALLAH S.W.T.

Bersambung...........

     

Wednesday, December 22, 2010

kisah superhero yang kuat lagi hebat.. (angsa emas) babak 1

Pada petang yang damai itu, sang superhero sedang lepak-lepak main fb sambil di belai asap marlboro soft pack. Sedang enak dibuai khayalan, suasana yang melayang dan tenang menjadi kacau bilau dan kalut. Sang superhero terkejut!!Lantas dia mengeluarkan spanar. Aik?? Kenapa superhero mengeluarkan spanar? Oh.. Dia nak garu belakang dia. Superhero terus menyarungkan jacket (ala2 the punisher tapi cap tengkorak x dak la)dan terus bergegas ke tempat kejadian. Tiba di tempat kejadian tersebut, superhero mengeluarkan sejenis alat untuk mengesan roh2 jahat disitu. Sensor berbunyi teeett teeett.. "Oh! Di situ rupanya.. PAN... TAS... Ular rupanya.."
              Ular itu sedang mengepung apartment angsa emas superhero. Sambil mengembang-ngembangkan pipinya, ular itu menjelir-jelir lidahnya yang bercabang itu. KAPOW!!! Superhero menyekeh kepala ular itu dengan cincin geliga peninggalan atuk. "Adoi!! Kenapa tuan hamba menyekeh hamba?" tanya ular senduk itu. Superhero tersenyum sambil berkata, "Hahahaha! Berani sungguh tuan hamba mengganggu angsa emas hamba. Cukupka ilmu di dada untuk melakukan perkara mungkar ini??". Ular menjawab, "Cis! Kalau takut di lambung ombak jangan berumah di tepi pantai, kalau pernah menonton Ong Bak hambalah yang paling otai". "Cis! Pantun pulak ular ni." sergah superhero.
              Kemudian bermulalah pertarungan di antara raksasa yang sangat panjang itu dengan superhero yang hebat itu. 7 hari 7 malam tanpa henti. Bunyi guruh berdentum dentam. Apakah kesudahannya?? NANTIKAN EPISOD AKAN DATANG..

Sunday, November 7, 2010

Siapakah anda...


Lebih kurang sebulan yang lepas, seorang rakanku telah menge"tag" satu pic yang sangat menarik. Cuba anda renung waktu skolah, kolej atau lain2? Siapakah anda dalam lukisan tersebut... Mungkin satu atau lebih karektor yang sama dengan diri anda. Dan siapakah rakan-rakan anda yang anda kenali semasa di skolah atau kolej dahulu.

Thursday, October 28, 2010

perancangan itu mudah... nak mencapai nya bagaimana?

          Tak sampai 3 minggu dari sekarang, insyaallah aku akan menamatkan pembelajaran aku di politeknik. Itu pun kalau tak da subject yang sangkut. Gila baq ang.. Belajaq macam apa lg semester last ni.. Orang cakap dah macam bagi satu senapang, 4 bijik peluru pastu lawan dengan 4 org penjahat. Serius. Miss satu tembakan, memang kena lawan pakai tangan. Tapi memang 4 bijik pluru 2 aku dah abeh kan. Satu target mungkin dah kena. 3 lagi merewang pergi mana pon aku x tau.. Lusa, aku dah start exam dan itulah subject yang paling x tahan skali. Susah, payah, sukar, apa lagi yang maksud sama dengan dia itulah aku nak bagitau macamana susahnya subject 2. Teori Struktur 2. Kalau nk jawab satu soalan, jalan kira dia dah makan smpai 4 helai kertas. X ke gila 2.. Tension btoi. Tapi slamat la lecturer aku baik. Mintak2 dia x bkira sangat nk bagi student pemalas macam aku lulus.hahahaha.. Tapi apa pon, aku kena study jgk. Nanti dlam Dewan bkn ada sapa nk tlg jwbkan. Aku jgk kena tunggin tebalik study.
         Kalau x da aral melintang, insyaallah aku dah boleh grad. Walaupun bkn lulus dengan cemerlang, aku tetap nk lulus. Lebih baik lulus dari x lulus. Itu yang aku takut. Aku x mau kecewakan mak bapak aku yang hantaq aku sana sini untuk blajaq. Last2 aku kecewakan depa. Cukuplah sekali aku. Kalau dulu x matang berfikir, asyik nak seronok ja. Skarang ni dah tau imbangkan yang mana tggjwb yang mana tidak. Dulu dek sebab kawan aku pernah ketagihan ponteng kelas masa dekat kolej. 2 jam? 3 jam? dekat mana pon mesti kena surat amaran kan? hahahaha.. Apa barang ponteng 2-3 jam.. Aku masa dekat satu kolej yang pernah aku belajaq dlu, sebulan aku x p kelas.. hahaha..... x p sebab apa? nnt aku crita dalam tajuk lain nnt.
        TAPI, apa yang aku peningkan sekarang ni, apa rancangan aku lepas abeh ni. Kerja ka? Sambung blajaq(kalau dapat la, result pon cukup makan ja), Kawin ka(haa yang ni jgn sebut dlm rumah aku, satg x pasai ja kena rejam dengan tombak tajam dekat ulu hati. dia punya ayat pedih).. Haha.. Aku nak kerja, nk busness sket, nk keja part time sket(bkn kerja shift malam kat mcd ka apa, tp mungkin involve dalam kerja2 penulisan yang aku minat). Wawasan 2 ada, tapi determination kat dada ni x kuat. Hangat2 taik kuda. Kalau kena time awai 2, melecur kulit.. hahahaha.. kotoq bahasa.. Tapi kalau mengikut perancangan, aku nak kerja 6 bulan dengan company mana2, lps 2 smbung blajaq(ngam2 ngan julai intake 2011). Mengkut perancangan la. Lama dah aku sia2kan hidup aku. Setiap kali peluang baik ada depan mata aku sia2kan. Aku rasa aku x ada dekat tahap sebenar yang boleh aku capai. Skarang ni aku terima ngan hati terbuka ja. Aku Mengaku ar, rasa down sangat bila jumpa membe2 yang sama2 jahat dlu masa kat skolah menengah, kebanyakan banyak dah blajar tggi2. Nasib bek la depa mau bkwn lg dgn aku. Apa pon aku x kan biaq diri aku trus rendah camni. Aku pon boleh bjaya mcm orang lain. Moga2 di mudahkan perjalanan untuk aku capai semua yang di rancang. Amin.....

              AKU & ORANG PALING MALAS YANG PENAH AKU KENAL(MAT SKUNK)

Wednesday, October 20, 2010

rock and roll dari kaca mata aku

Sunday October 17, 2010

Happy Birthday, Chuck Berry. On October 18, 1926, Charles Edward Anderson Berry was born in St. Louis, Missouri. The son of a schoolteacher and a contractor, Berry grew up in a prosperous black neighborhood in north St. Louis. In high school, Berry discovered both music and photography, and after he graduated, he even dabbled in boxing.
But, it was, of course, music that was Berry's calling. In 1952, he became a member of Sir John's Trio, playing gigs in St. Louis, but he gradually made his way northward to Chicago, where he met Muddy Waters. Waters introduced Berry to the owner of Chess Records, Leonard Chess.
Chess recorded Berry's "Maybellene," and New York disc jockey Alan Freed aired it on his program. "Maybellene" quickly became a hit, and Berry followed it up with other hits like "Roll Over Beethoven" and "Johnny B. Goode."
Berry had wide appeal and, of course, was largely responsible for the phenomenon of rock 'n' roll. The Beatles' John Lennon reportedly said of Berry's incredible influence, "if you were going to give rock and roll another name, you might as well call it 'Chuck Berry.'" Berry turns 84 today.

         Aku bukan nak agung-agungkan Chuck Berry ni. Nanti datang pulak org berlagak bagus cakap "crita pasal nabi sendiri pun x tulis, tp crita pasal kapiaq laknat boleh tulis plak". Ni x dak kena mgena pasal agama. Aku x mau cakap apa2. Tapi aku cuma nak kongsi sejarah music rock n roll.. Aku suka artikel ni sebab, latar blakang ibu bapa dia macam aku jugak.. Ada persamaan dengan aku. Bukan pasal bakat. Aku tak da bakat macam dia. Dia dah legend. Bak kata John Lennon "If you tried to give rock and roll another name, you might call it 'Chuck Berry'.
          Rock n Roll sebenarnya dah wujud dari zaman akhir 1940an lagi. Asalnya dari music country macam blues, jazz & lain2 yang di 'Trash"kan.. Hahaha.. Di keraskan la maksudnya. Biasanya music rock n roll ni dimainkan dengan 2 guitar (lead & rythm) 1 bass & drum. Sekarang ni music rock dah berkembang sangat2. Bercabang-cabang dan aliran yang ada. Dari selembut-lembut hingga ke sekeras-keras bunyi. Tapi jangan anggap yang lembut 2 x hebat. Kadang-kadang pengisian lagu dan teknik bermain lagu rock yang lembut & ringan lebih tinggi daripada yang keras. 
         Kalau cakap pasal band rock yang aku minat. International-Pink Floyd, Jimi Hendrix, The Doors, Led Zeplin, Iron Maiden, Loudness, byk lg ar... lau malaysia-Blues Gang, Wings, SYJ. Banyak yang lama ja la. Ada la satu band rock & roll baru yang sedap Zip Zieller.