Sunday, January 23, 2011

hujan bunga di kuala lumpur episod 3

         Selesai b'fast, kami pon beredar dari Ampang Park dan terus ke Stesen Dato' Keramat. Kan aku habaq rumah dia depan Stesen LRT ja. Sampai ja di situ terus naik ke rumah diorang.. (Aceh, diorang plak.. Besa la KIYILL) hahaha.. Di perkenalkan dengan abangnya yang ketiga. Abd Rahim @ aim.. Muka macam edry KRU.. Aku tanya la. "bro, yusri & norman mana?" hahahaha!!!(Lawak ja. Gila ang nak buat onaq kat rumah orang.)
        Selesai sesi orientasi dan perkenalan, aku pon di suruh berehat. Biela & mama nya pergi ke market. Depa nak cari ikan parang. Nak buat asam pedas melaka kata mamanya. Wah. Excited aku. Mak mentua nak masak wei... Sapa x excited. Aku pon terus tidoq lena di atas katil yang empuk. Sedar-sedar depa dah balik. Bunyi ketung ketang... Biela la 2 dok ketuk periuk. Masak x pon. Ketuk ja lebih. Hahaha.. Tapi bau asam pedas makin menusuk hidung. Aku pon bangun dari katil dan terus ke ruang tamu. Dengan slumber, "mama masak asam pedas ye? Wah sedapnya bau.". (cewah, panggey mama) Dalam perut aku, kedengaran suara kecil cacing menjerit "lapaq!lapaq!"
       Tepat pukul 12.30 tghari, depa siap masak. Aku apa lagi, excited ar. Ingat nak makan. Last2, mama biela kata. "Najmi, amek la baju aim 2. Pegi masjid dengan aim".. adeh... lapaq lagi....
BERSAMBUNG....

Tuesday, January 4, 2011

hujan bunga di kuala lumpur episod 2

24hb disember(12.01am)

         Aku kebosanan dan terasa macam nak isap rokok. Aku turun dr deck aku dan terus ke ruang yang di sediakan untuk tujuan tersebut. Sambil duduk di kerusi sambil itu aku menyedut udara malam. Datang seorang lelaki berbaju merah, berseluar jeans biru, berkasut dan berkepala botak.. hahahaha.. Umur dia dalam lingkungan awal 30an. Dia terus menyapa aku. Dia tanya aku. Boleh ka hisap rokok sini. Aku mula-mula dengar soalan mcmtu, tersentap la jgk.. Ingatkan dia nak sound aku pasal sivik dan sahsiah diri. Rupanya dia pon nk isap rokok jugak. Kami terus berkenalan. Tanya p tanya mai, dia orang kg sebelah aku. Oqang merbok. Pergh.. Bukak slank kedah kaw2 ar... Mula2 td dua2 orang cover cakap.. hahahaha.. budjet kl.. Bosan disitu, kami lanjutkan perbualan kami di kafe dalam train 2. Malam semakin dingin. Naik kereta api, rasa mcm ala St.Petersburg Rusia. Kena milo panas budget cepat mengantok sebab jauh lagi perjalanan. Tak pa. Fendi belanja. Hahaha. Layan ja. Selesai minum-minum, kami pon masing-masing masuk ke deck. Tapi aku tak boleh tidoq. Pusing kiri bosan, pusing kanan bosan. Tengok atas bosan. Turun katil p amek angin kat tempat tak da air cond. Dekat 15 kali aku buat benda yang sama. Haha..
         Sampai la jam menunjukkan pukul 4 pg. Aku betul-betul excited. Haha.. Sejam lagi ja. Aku kejut Fendi bangun. Ajak dia kena rokok sebatang. Lepak-lepak, dia tanya aku sekali lagi. Ang nak p KL buat pa. Aku pon kali ni cakap jujur. Hahaha. "jumpa marka aku wei, 1st date".. Dia ketawa besar dengar aku cakap macamtu. Dia kata, "budak2".. hahaha.. Last-last dia cerita pasai sorang pompuan yang x berapa pompuan sangat. Dia minat kat sorang pengkid. Tapi aku tergelak dengan cerita dia. Dia panggey pengkid "pelekit".. hahahaa!! Tak berani tanya aku. 2 gelaran baru ka dia silap sebut. Layan ja cerita dia.  Tapi memang best. Kenal ngan dia, macam dah lama kenal. Sampai kat KL central, aku pon lepak-lepak sat dengan dia. Sampai la sepupu aku datang amek aku. Sedih jugak la nak blah. Tengok muka pakat-pakat sedih. Dia sempat kata, "kata rockstar, tapi nak nangis bila berpisah".
         Aku meneruskan perjalanan aku dengan niat sebenar, berhenti seketika di restoran mamak di setiawangsa, Restoran Ali Maju.. Wow.. Ingt nama. Kenangan manis. Mana boleh tak ingat. Sementara tunggu hari siang, aku sarapan dulu dengan sepupu aku. Banyak jugak benda kami sembang. Kawan baik terpisah lama. Maklumlah sepupu paling rapat dengan aku. Johaizal nama dia. Masih single lagi. . Hensem. Gaji boleh tahan. Nak numbe bagitau aku. Hahaha.
        Tibalah saat yang dinantikan, dating dengan si 'dia' dan mamanya. Tempat pertama jumpa, Stesen Dato' Keramat. Berdebar gila. Tungg punya tunggu, nampak kelibat 2 wanita tersebut turun dari rumah mereka yang tak jauh dari situ. Pergh. Comelnya awek aku.(bagi aku la,ampa nak kata apa, punya pasai ar.. hehehe). 1st ayat aku bila depa sampai. "asalamualaikum mak cik, mak cik sihat(sambil mata dok usha awek aku kat sebelah). Main mata kot.. hahaha.. Aku tanya mana nak p. Depa ajak aku breakfast dekat ampang park. Kena Mc D pagi2.. Hahaha.. Aku pon cakap ok ja. Tapi yang lawak 2. Aku tak reti cover cakap KL. Terkeluaq seketoi2 loghat kedah. Pegh.. Dalam LRT org tengok aku pelik ja. Dalam hati, "haram aih, aku orang kedah ar. macam pelik tengok orang german cakap ja.) Sampai kat ampang park, terus kami jalan ke Mc D. Aku punya la control. Habaq kata dah makan. Padahal lapaq jugak. Control ja la. Jaga martabat dan maruah diri. Tapi aku tengok mak dia pun mudah ramah dan rasa-rasa macam dah bekenan. Hahaha! Abeh makan, ingatkan boleh balik umah sepupu aku. Tapi di paksanya aku berehat & makan nasi dekat rumah depa. Puas aku menolak. Bukan tak sudi, tapi segan. Gila kot, tidoq rumah org. Tapi nak buat mcmana, bakal mak mentua suruh. X bleh tolak. Rasa bersalah. Keadaan semakin berdebar dan mencemaskan. Takut aku, nak jumpa ahli keluarga yang len.

Biela & mama nya.. 1st time kami jumpa.. haha

bersambung....