Thursday, December 30, 2010

hujan bunga di kuala lumpur.. episod 1

23hb disember..

        Dari pagi lagi aku x boleh tidur. Tengok bag apa yang aku nak isi lagi.. Tapi sebenarnya, aku x kisah pon benda apa nk di bawa. Otak aku cuma fikir pasal 2 benda penting dalam hidup aku. 1) esok pg b'fast dgn si dia.. 2) konsert double trouble.. Tak senang duduk aku memikir. Excited betul aku rasa. Lagu yang aku download banyak betul.. Konon2 nak bawak mp3 player. Tapi x dapat pon. Hahaha.. Lupakan bab mp3 yang banyak dengan lagu2 legenda kegemaran aku. AHH... Jam dah pon hampir pkul 7mlm. Tiket keretapi aku pkul 8.55mlm. Mesti orang gelak aku p kl naik train. Haha. Apa boleh buat, lebih selesa, pengalaman, dan walaupun lambat asal selamat.Takut aku naik bas express kat malaysia. Haha. Selesai solat maghrib, aku sudah siap menunggu mak & ayah ku utk ke stesen. Awal betul aku bersiap. Tiba di stesen, aku pon menunggu train dengan sabar sambil membalas msg si dia. Hahaha. Seronok, teruja, dan kadang2 rasa gementar dalam hati ini. Seronok sebab ini 1st date dengan si "dia". Teruja sebab tak pernah travel makan angin seorang diri. Dan nervous sebab takut sesat kat KL.. Serius tak tipu wei! haha..
        Punya la bosan aku tunggu keta api, aku ketagihan rokok. Adoi! X kan nak smoking depan bonda dan papanda. hahaha..
CUBAAN PERTAMA: Aku pergi ke tandas dengan niat meloloskan diri untuk menghisap rokok. Bajet cool. Bayaq 2 kupang, masuk, open rokok. Baru nak nyala api, tiba2 bapak aku datang pulak.. Aisy! Macam tau2 ja. FAIL cubaan pertama! Di cubanya kali kedua. Hehe.. Akhirnya. AHH lega... Bukan apa.  Hormatilah ibubapa sendiri.
         Kedengaran pegawai di kaunter KTM berhad membuat pengumuman, kereta api akan tiba dalam masa terdekat. Penumpang-penumpang termasuk aku pon bangun, bersedia untuk naik train. Tiba-tiba, aku di sapa seorang tua. Dia kawan ayahku. "Hai abang, besar bag" (hahaha, bag hiking, koya ja aku. dah la bag pinjam). Dia tanya aku naik koc mana. koc aku cuma sebelah koc dia ja. Dia cakap, jmpa dekat KL central.
X lama kemudian, kereta api tiba dan semua penumpang naik ke dalam kereta api tersebut. Aku tersalah masuk pintu. Aku masuk melalui pintu koc paling akhir sekali. Terpaksa la aku redah ruang2 sempit yang penuh dengan penumpang kereta api yang bermacam ragam. Sampai di tempat aku, aku terus naik ke kabin dan terus berehat.

Tiba2 ayah aku call, dia bagitau yang pak cik tegur aku 2, ada dekat hospital. Aik? Mcmana pulak dia kat sana. Bapak aku bagitau, yang dia jatuh masa nak naik train. Kepala dia terkena besi train. Terus pengsan. Tak sedarkan diri. Tesentap jugak aku bila dengar camtu. Baru sangat aku bersembang dengan dia. Tp apa boleh buat. Berdoa ja lah akan keselamatan dia.. Itulah dinamakan kuasa Allah. Kita x tau apa akan terjadi. Masyaallah. Besarnya kuasa ALLAH S.W.T.

Bersambung...........

     

Wednesday, December 22, 2010

kisah superhero yang kuat lagi hebat.. (angsa emas) babak 1

Pada petang yang damai itu, sang superhero sedang lepak-lepak main fb sambil di belai asap marlboro soft pack. Sedang enak dibuai khayalan, suasana yang melayang dan tenang menjadi kacau bilau dan kalut. Sang superhero terkejut!!Lantas dia mengeluarkan spanar. Aik?? Kenapa superhero mengeluarkan spanar? Oh.. Dia nak garu belakang dia. Superhero terus menyarungkan jacket (ala2 the punisher tapi cap tengkorak x dak la)dan terus bergegas ke tempat kejadian. Tiba di tempat kejadian tersebut, superhero mengeluarkan sejenis alat untuk mengesan roh2 jahat disitu. Sensor berbunyi teeett teeett.. "Oh! Di situ rupanya.. PAN... TAS... Ular rupanya.."
              Ular itu sedang mengepung apartment angsa emas superhero. Sambil mengembang-ngembangkan pipinya, ular itu menjelir-jelir lidahnya yang bercabang itu. KAPOW!!! Superhero menyekeh kepala ular itu dengan cincin geliga peninggalan atuk. "Adoi!! Kenapa tuan hamba menyekeh hamba?" tanya ular senduk itu. Superhero tersenyum sambil berkata, "Hahahaha! Berani sungguh tuan hamba mengganggu angsa emas hamba. Cukupka ilmu di dada untuk melakukan perkara mungkar ini??". Ular menjawab, "Cis! Kalau takut di lambung ombak jangan berumah di tepi pantai, kalau pernah menonton Ong Bak hambalah yang paling otai". "Cis! Pantun pulak ular ni." sergah superhero.
              Kemudian bermulalah pertarungan di antara raksasa yang sangat panjang itu dengan superhero yang hebat itu. 7 hari 7 malam tanpa henti. Bunyi guruh berdentum dentam. Apakah kesudahannya?? NANTIKAN EPISOD AKAN DATANG..